Pages

30 October 2018

PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK


PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada 28 Oktober 2018 yang lepas sekali lagi dijemput untuk bersama- sama menyertai program Pesta Warisan Melayu 2018 yang bertempat di Satok, Kuching, Sarawak.

Program yang diturut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak tersebut berlangsung selama 2 hari dan menyusun pelbagai segmen dan aktiviti yang berkenaan dengan kesenian dan warisan melayu yang melibatkan pelbagai NGO, Persatuan dan ramai pihak - pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada malam itu melibatkan seramai lebih kurang 10 orang pesilat yang menyertai perarakan semasa Majlis Perasmian Pestqa tersebut yang turut disertai oleh beebrapa lagi perguruan  silat yang lain . Tahniah dan syabas kepada yang terlibat.

Program yang sebegini adalah amat dialukan dalam melibatkan anak - anak muda yang merupakan pewaris adat dan budaya kita untuk dijaga dan dipelihara bagi memupuk semangat kesedaran dan menarik minat golongan muda ini untuk belajar dan melibatkan diri dalam kegiatan kesenian dan warisan yang berharga ini.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan sampai jumpa di lain program yang akan datang,

Semoga Allah Merahmati dan Memberkati selalu.

Salam Sembah PP7













PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

18 October 2018

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN WAHAB DAN JASMIN DI KAMPUNG BUNTAL, SANTUBONG KUCHING, SARAWAK.- OKTOBER 2018


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN WAHAB DAN JASMIN DI KAMPUNG BUNTAL, SANTUBONG KUCHING, SARAWAK.- OKTOBER 2018

13 Oktober 2018, berlangsung Majlis Perkahwinan Wahab Dan Jasmin yang berlangsung di Lorong Tilapia 1A1, Kampung Buntal Santubong, Kuching Sarawak. Majlis turut mengundang Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh untuk membuat persembahan silat yang mana sebahagian pesilat adalah terdiri dari pesilat dari Kampung Buntal sendiri.

Pada Majlis perkahwinan pada kali ini mempersembahkan gerak silat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh dan turut disertai pesilat dari Perguruan Silat Spring 12 ( Berumbak STudio ) turut menjayakan persembahan dan menyerikan majlis perkahwinan pada hari tersebut.

Tahniah kepada pesilat - persilat yang terlibat termasuk pesilat dari Perguruan Spring 12 ( berumbak Studio ) yang telah sama - sama menjayakan persembahan silat pada hari tersebut.

Perguruan Silat Pendekar Tujuh turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa Majlis Pekahwinan yang sudi menjemput perguruan kami untuk sama - sama menyerikan Majlis Perkahwinan Encik Wahab dan Jasmin untuk mengadakan persembahan persilatan.


 Adat Dijunjung, Warisan Pusaka disanjung.


Perguruan Silat,
Pukulan Pendekar Tujuh.




 


 



































12 September 2018

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAH DI KAMPUNG NO. 4, SATOK, KUCHING, SARAWAK.


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAH DI KAMPUNG NO. 4, SATOK, KUCHING, SARAWAK

19 Ogos 2018, Sekali lagi Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Modzar & Rahmah yang berlangsung di Kampung No 4, Satok, Kuching Sarawak.

Terima kasih dan jutaan penghargaan kepada Pihak Majlis yang menjemput Perguruan kamu untuk membuat persembahan di majlis yang penuh warna warni.


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAG DI KAMPUNG RAMPANGI, KUCHING,SARAWAK.


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAH DI KAMPUNG RAMPANGI, KUCHING,SARAWAK.

18 Ogos 2018 merupakan tarikh berlangsungnya perkahwinan antara Modzar & Rahmah yang berlangsung dengan meriahnya di Kampung Rampangi, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh Merakamkan terima kasih atas kesudian pihak majlis perkahwinan yang menjemput kami untuk persembahan pada hari yang penuh gemilang itu.


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my