Pages

23 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK



PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK.

7 Disember 2019, Sabtu. Alhamdulillah terlah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan mempelai Hazirul Dan Nabillah yang telah diselamat diadakan di Dewan Datu Merpati Jepang, satok, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan seni silat untuk menyambut kedatangan raja sehari dan seterusnya menyerikan cara adat persandingan pernikahan Orang Melayu yang berlangsung pada hari itu.

Persembahan jurus menyambt kedatangan Raja sehari sebaik memasuki Dewan berlangsungnya majlis diiringi oleh paluan hadrah.

Seterusnya pasangan pengantin berjalan diiringi oleh dzikir dan doa menuju pelamin dan disandingkan untuk memohon restu dan kehadiran para saksi hadirin dan hadirat yang hadirat.

Persembahan diteruskan dengan persembahan Solo Seni bersenjata dan tempur pasangan Sri Kandi dan juga Tempur berparang .

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Majlis yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk membuat persembahan.

Semoga Allah merahmati pernikahan yang telah terjalin dan disatukan kekal abadi serta dirahamati serta diberkati Allah Swt hendakNya,

Salam Sembah dari PP7

















 








PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

14 October 2019

VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MALAM MAKAN NAMAT 2019 PERGURUAN SILAT HIDAYAH PUKULAN CHIK DAHLAN DI KAMPUNG BINTANGOR, KUCHING, SARAWAK




PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


MALAM MAKAN NAMAT PERGURUAN SILAT IDAYAH PUKULAN CHIK DAHLAN DI KAMPUNG BINTANGOR, KUCHING,SARAWAK. - 12.10.2019


MALAM MAKAN NAMAT PERGURUAN SILAT IDAYAH PUKULAN CHIK DAHLAN DI KAMPUNG BINTANGOR, KUCHING,SARAWAK. - 12.10.2019

12  Oktober 2019, Sabtu telah berlangsung Majlis Malam Namat yang dianjurkan oleh Perguruan Silat Hidayah Pukulan Chik Dahlan di Kampung Bintangor Kecil,Kuching Sarawak.

Majlis Malam Makan Namat Perguruan Silat Hidayah Pukulan Chik Dahlan pada malam itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Dan Warisan melayu Kuching ( KEWARISMA ) Tuan Abdul Yakup Norsen

Pertama sekali Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perguruan Silat Hidayah Pukulan Chik Dahlan yang menjemput Perguruan kami untuk sama sama mengisi slot persembahan untuk program pada malam tersebut.

Paling menarik pada malam tersebut adalah penonton atau para hadirin dapat menyaksikan bagaimana Majlis menamatkan pembelajaran persilatan di sempurnakan Tuan Guru Morshidi Bin Maton atau Guru Mawi yang memulakan upacara dengan memandikan pesilat - pesilat yang telah menamatkan pelajaran persilatan mereka.

Memetik kenyataan Pengerusi KEWARISMA yang sebelumnya menyatakan ," Malam Makan Namat ini adalah satu warisan yang perlu dijaga oleh satu - satu perguruan. Sebaik tamat belajar Silat, Mereka mesti adawadat. Wadat ialah sebagai merestui pembelajaran antara guru dengan murid. ertinya guru merestui ilmu dan mempersetujui apa - apa yang dipelajari anak muridnya dengan cara - cara tertentu, "  katanya.

Majlis Malam Makan Namat pada malam itu juga turut dihadiri oleh beberapa barisan dif - dif terhormat, Presiden Rumpun Silat Sarawak, Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Haneef Ali serta barisan Guru Utama, Guru-guru muda, Jurulatih - jurulatih dan pesilat - pesilat yang membuat persilatan.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga berharap supaya majlis istiadat persilatan yang sebegini dapat diketengahkan untuk sama - sama menjujung adat dan warisan yang seeloknya dijaga dan dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Semoga Allah merahmati dan memberkati. Insha Allah.
















































PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my