Pages

03 February 2020

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NORAZLAN & HAFSAH DI KAMPUNG BUNGA RAMPAI,BAU KUCHING, SARAWAK. - 02022020



PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NORAZLAN & HAFSAH DI KAMPUNG BUNGA RAMPAI,BAU KUCHING, SARAWAK.

Alhamdulillah.

02 Februari 2020 Hari Ahad, Perguruan Silat Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima satu lagi jemputan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Norazlan dan pasangannya Hafsah yang telah berlangsung dengan meriah di Kampung Bunga Rampai di Bau Sarawak.

Persembahan Adat istiadat Kapak menyambut kedatangan kedua pasangan mempelai setibanya di Dewan Sebaguna Bunga Rampai yang turut disambut oleh penduduk kampung yang ramai memeriahkan majlis pada hari tersebut. 

Persembahan silat disambung dengan persembahan solo tangan kosong dari pesilat cilik adik Qisha dan disambung pula dengan persembahan Solo tangan kosong dari Pesilat lelaki . 

Persembahan Tempur bersenjata parang menghangatkan persembahan dengan penuh aksi dan perembahan Jurus seni menutup persembahan silat pada hari tersebut sebelum kedua pasangan pengantin di arak untuk disanding di atas pelaminan yang telah berhias indah.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan Pengantin Norazlan dan Hafsah yang sudi mengundang kedatangan kami untuk menghampar sembah persilatan di majlis yang bermakna ini.

kami mendokan juga semoga ikatan pernikahan yang telah disatukan dirahmati dan diberkati serta kekal abadi selamanya. Semoga Kedua pasangan pengantin dikurniakan keluarga yang subur beranak pinak dan dikurniakan keluarga solehah, sakinah dan makmur damai hendaknya selalu.

Sembah Salam PP7


























































PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

03 January 2020

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NURHAFIZUDDIN & NUR CAHAYA DI SAMARIANG BATU, KUCHING, SARAWAK. - 01012020.



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NURHAFIZUDDIN & NUR CAHAYA DI SAMARIANG BATU, KUCHING, SARAWAK. - 01012020.


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN  NURHAFIZUDDIN & NUR CAHAYA DI SAMARIANG BATU, KUCHING, SARAWAK. - 01012020.

Subhanallah.Alhamdulillah. Laillahaillah.Allahuakhbar.

Hari pertama pada tahun baru , tahun 2020 iaitu 1 Januari 2020, hari Rabu.. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan silat di Majlis Perkahwinan Nurhafizuddin dengan pasangannya Nur Cahaya yang mana telah dilangsungkan di Samariang Batu, Kuching, Sarawak.

Ketibaan pasangan pengantin di lokasi berlangsungnya majlis perkahwinan disambut dengan persembahan silat dari Perguruan kami sebelum berjalan ke pelaminan untuk disandinkan. Persembahan dimulai dengan persembahan sembah salam  dan seterusnya persembahan sembah pembuka solo. Persembahan ditutup dengan persembahan tempur bersenjata.

Perguruan kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada ahli jawatan kuasa Majlis yang menjemput kehadiran kami ke Majlis Perkahwinan yang sangat berseri - seri pada hari tersebut.

kami mendoakan semoag kedua pasangan dirahmati dan diberkati selalu. Semoga pernikahan yang dilangsungkan kekal abadi. Semoga subur beranak pinak hendaknya. Semoga kedua pasangan menjadikan rumahtangga yang dibina keluarga yang berjaya di dunia dan sempurna di akhirat.Amin.

Sembah Salam PP7










 




 



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


DRAMA PENDEK " BILA 2 ORANG SRI KANDI BEREBUTKAN SEORANG PENDEKAR ".



Pelakon
Siti Umi Umirah @ Umi
Siti Khadijah @ Jijah

Pelakon tambahan : 
Dexterron
Mohd Muqkhris


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my