Pages

19 August 2019

PERSEMBAHAN PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN DUAN DAN INA DI PENVIEW HOTEL, KUCHING, SARAWAK. 18.08.2019



PERSEMBAHAN PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN DUAN DAN INA DI PENVIEW HOTEL, KUCHING, SARAWAK. 18.08.2019 

18 Ogos 2019, Ahad. Alhamdullillah telah pun berlangsung Majlis Perkahwinan diantara pasangan Duan Dan Ina di Penview Hotel, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh kali ini menjadi jemputan tetamu untuk menyerikan Majlis perkahwinan pada hari itu dengan Persembahan Persilatan dari pesilat - pesilat dihadapan raja sehari yang bersanding di atas pelamin.

Persembahan silat yang dipersembahkan pada hari itu adalah Persembahan pembuka Solo. Persembahan tempur bersenjata kemudiannya ditutup dengan persembahan solo penutup.

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan atas kesudian pihak ahli jawatankuasa Majlis yang menjemput kami di Majlis Perkahwinan pasangan mempelai yang diraikan dalam hari yang penuh bermakna tersebut.

Kami mendokan Semoga pernikahan yang dijalinkan kekal abadi sampai hujung nafas dan kiamat dan semoga pasangan subur beranak pinak hendaknya. Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu. Amin.

Salam sembah dari PP7.
































PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PP7 DI MARTIAL ARTS DISPLAY EVENTS DI KUCHING FESTIVAL 2019 DI MBKS KUCHING SARAWAK.


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PP7 DI MARTIAL ARTS DISPLAY EVENTS DI KUCHING FESTIVAL 2019 DI MBKS KUCHING SARAWAK.

Alhamdulillah. 17 Ogos 2019, Hari Sabtu telah berlangsung Martial Arts Display bersempena dengan Kuching Festival 2019 di Stadium Hockey Majlis Dewan Bandaraya Kuching Selatan yang mana melibatkan ramai lagi persatuan persatuan seni mempertahankan diri atau martial arts dari seleuruh Kuching pada malam itu.

Event Martial Arts pada tahun ini dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan tempatan Negeri Sarawak.

Persembahan pada tahun ini adalah pada giliran kelima . Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh  pada tahun ini bergabung bersama dengan Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching bersama dengan Perguruan Silat Selendang Abadi.

Tahniah kepada semua pesilat dari ketiga - tiga perguruan yang membuat persembahan pada malam itu dan semoga ini akan bersama - sama menaikkan semangat memartabatkan seni persilatan yang merupakan warisan bangsa yang boleh dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum yang bukanlah sahaja dari orang melayu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang  menjayakan program yang sebegini bagi membuka minda masyarakat terutama golongan muda untuk melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri dalam membentuk generasi yang berdisiplin, cergas dan berjaya. Insha Allah.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh.