Pages

Showing posts with label Persembahan Jurus Seni Solo. Show all posts
Showing posts with label Persembahan Jurus Seni Solo. Show all posts

09 December 2023

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK

09 Disember 2023, Sabtu.

Alhamdulillah, Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di  Majlis Persandingan Alif Hazwan bersama dengan pasangannya Wiko Nurmala yang telah berlangsung dengan indahnya di Dewan Pustaka Negeri Sarawak.

Persembahan dengan dimulakan dengan Pesilat Cilik yang mengiringi Pasangan Pengantin memasuki dewan persandingan yang disaksikan oleh hadirin termasuk jemputan kehormat dari pihak keluarga Pengantin.

Seusai Pasangan Pengantin mengambil tempat di Pelamin, Majlis diserikan dengan Persembahan jurus Sembah Salam buat pasangan Raja Sehari yang disandingkan di atas singgahsana.

Persembahan Solo dari Pesilat Azlan melengkapkan persembahan silat dari perguruan yang juga menutup sembah mengadap raja sehari yang diraikan pada hari itu.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh memberikan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak keluarga pengantin terutama buat Ayahanda Haji Azamri serta urusetia majlis yang sudi menjemput kedatangan kami untuk menghampar sembah persilatan di majlis yang amat bermakna dan indah ini. Segala kekurangan kami memohon izin ampun.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mendoakn semoga Ikatan Pernikahan yang telah dijalinkan disempurnakan Allah swt di dunia dan Akhirat, semoga subur bernanak pihak dan di kurnikan keturunan yang Soleh dan beriman. Allahuma, peliharakanlah segala amalan dan ibadah sebaik - baik kurniaan dan rahmat berkat di sisiMU.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sembah Salam PP7










PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my




















 

02 January 2021

PERSEMBAHAN PERSILATAN MAJLIS PERKAHWINAN HAIDIR DAN NORLIA DI KAMPUNG STAPOK , BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK - 02 JANUARI 2021

PERSEMBAHAN PERSILATAN MAJLIS PERKAHWINAN HAIDIR DAN NORLIA DI KAMPUNG STAPOK , BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK - 02 JANUARI 2021

Bismillahirrahmanirrahim. 

02 Januari 2021, Hari Sabtu. Alhamdulillah, Pembuka permulaan tahun baru 2021 Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah dijemput untuk mempersembahkan persilatan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh di Majlis Perkahwinan pasangan Haidir dengan Norlia yang mana telah dilangsungkan dengan meriah di Kampung Stapok, Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Sebelum persembahan bersempena menyambut kedatangan pasangan Pengantin , juga berlangsung adalah Majlis Khatamal Al Quran oleh adik - adik yang mana perarakan masuk mereka ke Majlis Khatamal Quran telah diiiringi oleh Dua orang Hulu Balang yang terdiri dari Pesilat Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

Selesainya Majlis Khatamal Al- Quran, Pengantin yang diperhiaskan dengan busana adat Melayu tiba ke Lokasi Berlangsungnya Majlis Perkahwinan untuk di sandingkan.

Setibanya kedua pasangan pengantin di lokasi , Persembahan persilatan dimulakan dengan Persembahan Silat adat kapak yang dipersembahkan oleh pasangan persilat Wan Mohd Firdaus dengan Haizum. 

Kemudian persembahan diterusnya dengan persembahan silat Pulut yang dipersembahkan oleh Pesilat Rafiq dengan Amir.

Penutup persembahan menyaksikan persembahan solo kreatif oleh pesilat  Wan Syed Azahari yang mempersembahan persilatan dengan penuh bergaya sebelum kedua pasangan meneruskan majlis berjalan ke pelaminan untuk disanding dan memohon restu orang tua di kedua pasangan pengantin.

Perguruan Seni Silat merakamkan jutaan penghargaan di atas kesudian Ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan yang sudi menjemput kami untuk mempersembahkan persilatan kami di Majlis Perkahwina Pasangan Haidir dan Norlia.

Kami juga mendoakan semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan berkekalan sampai kiamat. Semoga kedua pasangan dikurniakan keluarga yang sakinah, beranak pinak hendaknya, dilimpahi rezeki dan rahmat dan keberkatan. Amin.

Sembah Salam PP7



































PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my