Pages

Showing posts with label Adat Melayu. Show all posts
Showing posts with label Adat Melayu. Show all posts

14 September 2024

PERSEMBAHAN MALIS PERKAHWINAN ZAIRUL & IZZA DI DEWAN KAMPUNG GITA, KUCHING, SARAWAK


PERSEMBAHAN MALIS PERKAHWINAN ZAIRUL & IZZA DI DEWAN KAMPUNG GITA, KUCHING, SARAWAK

19 September 2024, Sabtu.

Alhamdulillah, Perguruan Seni Silat telah menerima satu lagi jemputan untuk persembahan silat juga menyerikan Majlis Perkahwinan pasangan Zairul & Izza yang dilangsungkan di Dewan Kampung Gita Kuching, Sarawak.

Persembahan dimulai dengan persembahan Silat Sembah Salam menyambut kedatangan Kedua pasangan mempelai yang telah selamat sampai dan memasuki Dewan persandingan dan disandingkan di atas pelamin yang terhias indah.

Persembahan seterusnya dipersembahkan Silat Pulut oleh kedua pasangan pesilat Rafiq dan As yang menyaksikan silat dengan kapak.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak keluarga kedua pasangan mempelai dan juga Ahli Jawatan kuasa gerak kerja majlis perkahwinan yang sudi menjemput kedatangan kami ke Majlis yang sangat indah ini.

Kami mendoakan semoga ikatan yang dibina berkekalan dan dikurniakan keluarga dan keturunan soleh dan berjaya di dunia serta sempurna di akhirat.

Sembah Salam PP7







 








PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

01 December 2020

PERSEMBAHAN PERSILATAN DI MAJLIS PERKAHWINAN IJAM DAN MUNIRAH DI KAMPUNG MANG, ASAJAYA, KOTA SAMARAHA, SARAWAK - 29 NOVEMBER 2020


PERSEMBAHAN PERSILATAN DI MAJLIS PERKAHWINAN IJAM DAN MUNIRAH DI KAMPUNG MANG, ASAJAYA, KOTA SAMARAHA, SARAWAK - 29 NOVEMBER 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin. 

29 November 2020 pada hari Ahad. Perguruan Silat Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan persembahan kolaborasi dengan Perguruan Seni Silat Betawi di Majlis Perkahwinan Ijam dan Munirah yang telah berlangsung di Kampung Mang, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Persembahan menjunjung adat persilatan melayu dimulakan dengan persembahan Pembuka yang dipersembahkan wakil persilat dari Perguruan Seni Silat Betawi yang mempersembahkan seni silat Betawi yang menyambut kedatangan kedua pasangan mempelai pada hari yang penuh berseri pada pagi itu.

Persembahan Silat Pulut dari Pesilat Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh seterusnya mengiringi persembahan dari Perguruan Seni Silat Betawi sebelum kedua pasangan mengambil tempat di pelaminan untuk disandingkan dan ditepung tawar untuk mendapatkan doa restu bagi keluarga dan saudara mara.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perguruan Seni Silat Betawi atas jemputan Kolaborasi untuk mempersembahkan seni warisan beradat persilatan di majlis pada kali ini.

Selain itu, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli jawatan Majlis perkahwinan yang sudi menjemput kedua perguruan Silat iaitu Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Seni Silat Betawi untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan ini.

Kami mendoakan semoga ikatan pernikahan yang telah dijalinkan berkekalan bahagia sampai bila - bila. Semoga dipayungi rahmat berkat dan rezeki serta subur beranak pinak hendaknya. Semoga Keluarga yang terbina adalah keluarga Sakinah Mawaddah. Amin.

Sembah Salam Persilatan.
Sembah Salam PP7.
















 









PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


 

21 September 2020

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD HIDAYAT DAN EMI EZATUL DI KAMPUNG REBAK, ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK. 20.09.2020


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD HIDAYAT DAN EMI EZATUL DI KAMPUNG REBAK, ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK. 20.09.2020

Alhamdulillah.

20 September 2020, Ahad. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Mohd Hidayat dan Emi Ezatul yang berlangsung di Kampung Rebak, Asajaya, Samarahan, Sarawak.

Jemputan persembahan ini adalah yang pertamanya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana virus Corona Virus Deaseas ( COVID-19 ) yang melanda negara semenjak penghujung tahun 2019 yang lalu.

Persembahan dimulakan seusai pengantin tiba dilokasi Majlis persandingan. kedua pasangan disambut dengan persembahan solo pembuka dan diikuti oleh pasangan tempur yang bermain golok.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua pihak pengantin serta Ahli Jawatan kuasa Majlis yang sudi menjemput kami untuk membuat persembahan persilatan kami.

kami juga mendoakan agar kedua pasangan pengantin di kurniakan keluarga yang sakinah mawaddah serta subur beranak pinak. Semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan kekal sampai kiamat. Amin.

Salam Sembah PP7


 













 

PERGURUAN SILAT PUKULAN  PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my