Pages

Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts

09 December 2023

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK

09 Disember 2023, Sabtu.

Alhamdulillah, Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di  Majlis Persandingan Alif Hazwan bersama dengan pasangannya Wiko Nurmala yang telah berlangsung dengan indahnya di Dewan Pustaka Negeri Sarawak.

Persembahan dengan dimulakan dengan Pesilat Cilik yang mengiringi Pasangan Pengantin memasuki dewan persandingan yang disaksikan oleh hadirin termasuk jemputan kehormat dari pihak keluarga Pengantin.

Seusai Pasangan Pengantin mengambil tempat di Pelamin, Majlis diserikan dengan Persembahan jurus Sembah Salam buat pasangan Raja Sehari yang disandingkan di atas singgahsana.

Persembahan Solo dari Pesilat Azlan melengkapkan persembahan silat dari perguruan yang juga menutup sembah mengadap raja sehari yang diraikan pada hari itu.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh memberikan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak keluarga pengantin terutama buat Ayahanda Haji Azamri serta urusetia majlis yang sudi menjemput kedatangan kami untuk menghampar sembah persilatan di majlis yang amat bermakna dan indah ini. Segala kekurangan kami memohon izin ampun.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mendoakn semoga Ikatan Pernikahan yang telah dijalinkan disempurnakan Allah swt di dunia dan Akhirat, semoga subur bernanak pihak dan di kurnikan keturunan yang Soleh dan beriman. Allahuma, peliharakanlah segala amalan dan ibadah sebaik - baik kurniaan dan rahmat berkat di sisiMU.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sembah Salam PP7










PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my




















 

01 December 2020

PERSEMBAHAN PERSILATAN DI MAJLIS PERKAHWINAN IJAM DAN MUNIRAH DI KAMPUNG MANG, ASAJAYA, KOTA SAMARAHA, SARAWAK - 29 NOVEMBER 2020


PERSEMBAHAN PERSILATAN DI MAJLIS PERKAHWINAN IJAM DAN MUNIRAH DI KAMPUNG MANG, ASAJAYA, KOTA SAMARAHA, SARAWAK - 29 NOVEMBER 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin. 

29 November 2020 pada hari Ahad. Perguruan Silat Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan persembahan kolaborasi dengan Perguruan Seni Silat Betawi di Majlis Perkahwinan Ijam dan Munirah yang telah berlangsung di Kampung Mang, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Persembahan menjunjung adat persilatan melayu dimulakan dengan persembahan Pembuka yang dipersembahkan wakil persilat dari Perguruan Seni Silat Betawi yang mempersembahkan seni silat Betawi yang menyambut kedatangan kedua pasangan mempelai pada hari yang penuh berseri pada pagi itu.

Persembahan Silat Pulut dari Pesilat Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh seterusnya mengiringi persembahan dari Perguruan Seni Silat Betawi sebelum kedua pasangan mengambil tempat di pelaminan untuk disandingkan dan ditepung tawar untuk mendapatkan doa restu bagi keluarga dan saudara mara.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perguruan Seni Silat Betawi atas jemputan Kolaborasi untuk mempersembahkan seni warisan beradat persilatan di majlis pada kali ini.

Selain itu, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli jawatan Majlis perkahwinan yang sudi menjemput kedua perguruan Silat iaitu Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Seni Silat Betawi untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan ini.

Kami mendoakan semoga ikatan pernikahan yang telah dijalinkan berkekalan bahagia sampai bila - bila. Semoga dipayungi rahmat berkat dan rezeki serta subur beranak pinak hendaknya. Semoga Keluarga yang terbina adalah keluarga Sakinah Mawaddah. Amin.

Sembah Salam Persilatan.
Sembah Salam PP7.
















 









PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


 

21 September 2020

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD HIDAYAT DAN EMI EZATUL DI KAMPUNG REBAK, ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK. 20.09.2020


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD HIDAYAT DAN EMI EZATUL DI KAMPUNG REBAK, ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK. 20.09.2020


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD HIDAYAT DAN EMI EZATUL DI KAMPUNG REBAK, ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK. 20.09.2020

Alhamdulillah.

20 September 2020, Ahad. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Mohd Hidayat dan Emi Ezatul yang berlangsung di Kampung Rebak, Asajaya, Samarahan, Sarawak.

Jemputan persembahan ini adalah yang pertamanya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana virus Corona Virus Deaseas ( COVID-19 ) yang melanda negara semenjak penghujung tahun 2019 yang lalu.

Persembahan dimulakan seusai pengantin tiba dilokasi Majlis persandingan. kedua pasangan disambut dengan persembahan solo pembuka dan diikuti oleh pasangan tempur yang bermain golok.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua pihak pengantin serta Ahli Jawatan kuasa Majlis yang sudi menjemput kami untuk membuat persembahan persilatan kami.

kami juga mendoakan agar kedua pasangan pengantin di kurniakan keluarga yang sakinah mawaddah serta subur beranak pinak. Semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan kekal sampai kiamat. Amin.

Salam Sembah PP7


 













 

PERGURUAN SILAT PUKULAN  PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my