Pages

Showing posts with label Satok. Show all posts
Showing posts with label Satok. Show all posts

23 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK



PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK.

7 Disember 2019, Sabtu. Alhamdulillah terlah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan mempelai Hazirul Dan Nabillah yang telah diselamat diadakan di Dewan Datu Merpati Jepang, satok, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan seni silat untuk menyambut kedatangan raja sehari dan seterusnya menyerikan cara adat persandingan pernikahan Orang Melayu yang berlangsung pada hari itu.

Persembahan jurus menyambt kedatangan Raja sehari sebaik memasuki Dewan berlangsungnya majlis diiringi oleh paluan hadrah.

Seterusnya pasangan pengantin berjalan diiringi oleh dzikir dan doa menuju pelamin dan disandingkan untuk memohon restu dan kehadiran para saksi hadirin dan hadirat yang hadirat.

Persembahan diteruskan dengan persembahan Solo Seni bersenjata dan tempur pasangan Sri Kandi dan juga Tempur berparang .

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Majlis yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk membuat persembahan.

Semoga Allah merahmati pernikahan yang telah terjalin dan disatukan kekal abadi serta dirahamati serta diberkati Allah Swt hendakNya,

Salam Sembah dari PP7

















 








PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

30 October 2018

PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK


PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada 28 Oktober 2018 yang lepas sekali lagi dijemput untuk bersama- sama menyertai program Pesta Warisan Melayu 2018 yang bertempat di Satok, Kuching, Sarawak.

Program yang diturut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak tersebut berlangsung selama 2 hari dan menyusun pelbagai segmen dan aktiviti yang berkenaan dengan kesenian dan warisan melayu yang melibatkan pelbagai NGO, Persatuan dan ramai pihak - pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada malam itu melibatkan seramai lebih kurang 10 orang pesilat yang menyertai perarakan semasa Majlis Perasmian Pestqa tersebut yang turut disertai oleh beebrapa lagi perguruan  silat yang lain . Tahniah dan syabas kepada yang terlibat.

Program yang sebegini adalah amat dialukan dalam melibatkan anak - anak muda yang merupakan pewaris adat dan budaya kita untuk dijaga dan dipelihara bagi memupuk semangat kesedaran dan menarik minat golongan muda ini untuk belajar dan melibatkan diri dalam kegiatan kesenian dan warisan yang berharga ini.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan sampai jumpa di lain program yang akan datang,

Semoga Allah Merahmati dan Memberkati selalu.

Salam Sembah PP7













PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

12 September 2018

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAH DI KAMPUNG NO. 4, SATOK, KUCHING, SARAWAK.


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN MODZAR & RAHMAH DI KAMPUNG NO. 4, SATOK, KUCHING, SARAWAK

19 Ogos 2018, Sekali lagi Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Modzar & Rahmah yang berlangsung di Kampung No 4, Satok, Kuching Sarawak.

Terima kasih dan jutaan penghargaan kepada Pihak Majlis yang menjemput Perguruan kamu untuk membuat persembahan di majlis yang penuh warna warni.


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my