Pages

30 October 2018

PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK


PESTA WARISAN MELAYU 2018 DI PERKARANGAN KOMPLEK SUKAN KOMUNITI SATOK,PADANG SLPAS, KUCHING, SARAWAK

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada 28 Oktober 2018 yang lepas sekali lagi dijemput untuk bersama- sama menyertai program Pesta Warisan Melayu 2018 yang bertempat di Satok, Kuching, Sarawak.

Program yang diturut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak tersebut berlangsung selama 2 hari dan menyusun pelbagai segmen dan aktiviti yang berkenaan dengan kesenian dan warisan melayu yang melibatkan pelbagai NGO, Persatuan dan ramai pihak - pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada malam itu melibatkan seramai lebih kurang 10 orang pesilat yang menyertai perarakan semasa Majlis Perasmian Pestqa tersebut yang turut disertai oleh beebrapa lagi perguruan  silat yang lain . Tahniah dan syabas kepada yang terlibat.

Program yang sebegini adalah amat dialukan dalam melibatkan anak - anak muda yang merupakan pewaris adat dan budaya kita untuk dijaga dan dipelihara bagi memupuk semangat kesedaran dan menarik minat golongan muda ini untuk belajar dan melibatkan diri dalam kegiatan kesenian dan warisan yang berharga ini.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan sampai jumpa di lain program yang akan datang,

Semoga Allah Merahmati dan Memberkati selalu.

Salam Sembah PP7













PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

No comments:

Post a Comment