Pages

Showing posts with label Persembahan Jurus Sri Kandi. Show all posts
Showing posts with label Persembahan Jurus Sri Kandi. Show all posts

03 January 2020

DRAMA PENDEK " BILA 2 ORANG SRI KANDI BEREBUTKAN SEORANG PENDEKAR ".



Pelakon
Siti Umi Umirah @ Umi
Siti Khadijah @ Jijah

Pelakon tambahan : 
Dexterron
Mohd Muqkhris


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my



30 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN SYAM DAN NADIA DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK. - 29.12.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN SYAM DAN NADIA DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK. - 29.12.2019

29 Disember 2019, Hari Ahad telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara pasangan mempelai Syam dan Nadia di Bandar Baru Samariang ,Kuching Sarawak. Perguruan kami Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah sekali lagi di undang untuk mempersembahkan Persilatan di Majlis perkahwinan tersebut.

Kedatangan kedua pasangan pengantin ke lokasi persandingan disambut dengan persembahan silat Solo yang menyambut kedatangan kedua pasangan dan seterusnya diikuti oleh persembahan bersenjata ( kapak ). Selesai persembahan silat, pengantin beransur berangkat jalan ke Pelamin untuk disandingkan.

Persembahan yang seterusnya diteruskan dengan persembahan solo dari pesilat cilik Sri Kandi dan diteruskan dengan persembahan jurus berkumpulan.

Terima kasih dan sejuta penghargaan Perguruan kamu ucapkan kepada pihak pengurusan Majlis Perkahwinan yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk membuat persembahan persilatan kami.

Perguruan kami turut mendoakan semoga pernikahan yang dijalinkan kekal abadi dan dirahmati serta diberkati Allah swt hendaknya. Amin.

Salam Sembah PP7.





























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my



26 December 2019

PERTANDINGAN PENCAK SILAT ANJURAN PERGURUAN PENCAK SILAT MELAYU ASLI SPRING 12 WARISAN WA BOJENG DI MAJMALL KUCHING, SARAWAK.


PERTANDINGAN PENCAK SILAT ANJURAN PERGURUAN PENCAK SILAT MELAYU ASLI SPRING 12 WARISAN WA BOJENG DI MAJMALL KUCHING, SARAWAK. 

Alhamdulillah. 14 Disember 2019, Hari Sabtu telah berlangsung satu Pertandingan Pencak Silat yang dianjurkan oleh Perguruan Pencak Silat Melayu Asli ( PSMA ) Spring 12 Warisan Wa Bojeng dengan kerjasama Majma Mall Kuching yang berlangsung di Majma Mall Kuching.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh telah menghantar 5 orang pesilat untuk pertandingan pada hari tersebut yang membariskan pesilat perilat berikut.

1.  Muhammad Fathur Azrimin Bin Ismail
2. Mohd Fazrol Bin Ismail
3. Mohd Muqhkris Bin Hipnee
4. Siti Umi Umirah Binti Majeri
5. Siti Khadijah Bin Jullkipli

Persembahan dalam pertandingan adalah lebih kurang dalam 10 Minit yang terdiri Persembahan Solo, Persembahan Tempur dan Persembahan Berkumpulan.

Pertandingan Pencak Silat pada kali ini telah disertai oleh 16 Buah perguruan secara keseluruhan. Perguruan - Perguruan silat yang terlibat adalah 

1. Perguruan Silat Gerak Kuntau Melayu Asli Telaga Air
2. Perguruan Silat Jurus 21 Sebuyau
3. Perguruan Silat Spring 12 Nekmat Simpang 3
4. Perguruan Silat Betawi Asli Kampung Pulo
5. Perguruan Seni Silat Selendang Abadi
6. Perguruan Seni Silat Makrifat
7. Perguruan Silat Gerak Hikmah
8. Perguruan Seni Silat Betawi
9. Perguruan Seni Silat Asli Zamrud Kuching
10. Perguruan Seni Silat Hailam Laut Kuching
11. Perguruan Seni Silat Benteng Betawi
12. Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
13. Perguruan Silat Spring Sendeng Kampung Buntal
14. Perguruan Seni Silat Gajah Ma'rifat Beladiri Kuching
15. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh
16. Perguruan Berumbak Studio

Syabas dan tahniah kepada semua perguruan yang menyertai dan memenangi setiap acara.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh hanya berjaya memenangi hadiah saguhati. Namun begitu apa yang lebih penting sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berbahagia Ayahanda Guru Utama Perguruan Pencak Silat Melayu Asli ( PSMA ) Spring 12 Warisan Wa Bojeng apa yang penting adalah Sillaturrahim dan penambahbaikan dari segi mutu persilatan melalui pengalaman yang akan ditimba dalam setiap persembahan.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga membawa pulang hadiah istimewa dari pihak penganjur selaku pemenang Busana Guru Terbaik. Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ayahanda Guru Utama Perguruan Pencak Silat Melayu Asli ( PSMA ) Spring 12 Warisan Wa Bojeng selaku Ketua Penganjur dan juga seluruah keluarga Perguruan Pencak Silat Melayu Asli ( PSMA ) Spring 12 Warisan Wa Bojeng  serta seluruh warga persilatan yang bertungkus lumus sepanjang pertandingan.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga berharap diperbanyakkan pertandingan sebegini pada masa yang akan datang untuk menghidupkan serta memelihara permainan asli persilatan agar generasi yang mendatang serta masa kini akan lebih mengenal warisan - warisan pusaka dari nenek moyang kita agar terus terjaga dan tidak lupus.

Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan persilatan di dunia ini.

Amin

Sembah Salam PP7.

















 


















  














  









  













  
























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my