Pages

Showing posts with label Persembahan Sri kandi. Show all posts
Showing posts with label Persembahan Sri kandi. Show all posts

30 September 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD SYAZNUL & NUR NABILLAHDI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINANMOHD SYAZNUL & NUR NABILLAHDI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019

28 September 2019, Sabtu. Alhamdulillah, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan membuat persembahan persilatan di Majlis Perkahwinan pasangan Mempelai Mohd Syaznul dengan pasangannya Nur Nabillah yang mana Majlis persandingan telah berlangsung di Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak.

Sebaik sampai di lokasi Majlis Perkahwinan Pasangan raja sehari pada hari itu telah disambut dengan persembahan persilatan yang dimulai dengan persembahan solo pembukam, kemudian diiringi dengan persembahan dari pasangan Sri Kandi dan akhirnya ditutup dengan persembahan dari pasangan tempur berparang dari pesilat - pesilat perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada pihak AJK Majlis Perkahwinan pasangan Mohd Syaznul dan Nur Nabillah yang sudi menjemput perguruan kami untuk majlis perkahwinan pada hari itu.

Kami mendoakan kedua pasangan dirahmati  dan diberkati Allah Swt Selalu. Moga subur beranak pinak hendaknya dan semoga kekal sampai kiamat.

Sembah Salam dari PP7.
























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


02 April 2019

PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI PROGRAM JALINAN MESRA INTEGRASI DI DATARAN KAMPUNG SOURABAYA HILIR, KUCHING, SARAWAK. - 29.03.2019


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI PROGRAM JALINAN MESRA INTEGRASI DI DATARAN KAMPUNG SOURABAYA HILIR, KUCHING, SARAWAK. - 29.03.2019.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada 29 Mac 2019 hari  Jumaat yang lepas telah dijemput ke Program Jalinan Mesra Intergrasi bersempena dengan Lawatan Integrasi daripada KRT Niah, Daerah Subis dari Miri Sarawak.

Program pada kali ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National Bahagian Kuching dengan kerjasama KRT Kampung Sourabaya Hilir ( KASOUHI ).

Perguruan kami, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh turut dijemput untuk mempersembahan persilatan kami dihadapan para hadirin dan hadiran pada malam itu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mempersembahkan Persembahan Jurus Sembah Salam, Persembahan Jurus Solo dan juga persembahan Jurus Sri Kandi.Selain itu, Persembahan tempur juga turut dipersembahkan. Persembahan diakhiri dengan Jurus wajib perguruan untuk menutup persembahan pada malam itu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian menjemput perguruan kami pada majlis tersebut.

Semoga Allah memberkati dan merahmati semua.

















 

 

















PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my