Pages

Showing posts with label Lundu. Show all posts
Showing posts with label Lundu. Show all posts

12 September 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NAZRUL & DILLA KAMPUNG SAMPADI, LUNDU,SARAWAK-01.09.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NAZRUL & DILLA KAMPUNG SAMPADI, LUNDU,SARAWAK-01.09.2019

 1 September 2019, Sabtu. Subhanallah Allhamdulillah. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh teah dijemput untuk mempersembahkan persilatan di Majlis Perahwinan Nazrul dan Dilla yang berlangsung di Kampung Sampadi, Lundu, Sarawak.

Majlis yang berlangsung menyaksikan kedua pasangan mempelai disambut dengan adat persilatan sebaik sahaja kedua pasangan raja sehari sampai di tempat berlangsungnya majlis persandingan oleh pesilat - pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh.

Persembahan yang dipersembahkan pada hari tersebut adalah persembahan Solo Pembuka. Kemudian diteruskan dengan persembahan Tempur dari pasangan pesilat dari PP7. Kemudian disusuli dengan Persembaha Jurus Solo dari Pesilat Cilik Sri Kandi dan ditutup dengan persembahan Solo Penutup.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perkahwinan Nazrul Dan Dilla yang sudi menjemput kehadiran Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh untuk menyerikan acara Majlis pada hari itu.

Kami mendoakan semoga kedua pasangan mempelai diberkati dan dirahmati dan semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan kekal sampai kiamat kekal abadi hendaknya. Semoga Subur beranak pihak dan mendapatkan keturunan yang soleh hendaknya.Amin.

Salam Sembah dari PP7
























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogsot.my

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NAZRUL & DILLA KAMPUNG SAMPADI, LUNDU,SARAWAK-01.09.2019


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my