Pages

26 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD NAJIB DAN NURCAMELIA DI TAMAN KOPODIMS, MATANG, KUCHING, SARAWAK. - 21 DISEMBER 2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD NAJIB DAN NURCAMELIA DI TAMAN KOPODIMS, MATANG, KUCHING, SARAWAK. - 21 DISEMBER 2019

Subhanallah Alhamdulillah Laillahaillah.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima undangan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Mohd Najib dan NurCamelia yang berlangsung di Taman Kopodim, Matang,Kuching, Sarawak.

Persembahan Pedang Pusaka Keluarga membuka tirai persembahan sebaik pengantin sampai dan memasuki lokasi berlangsungnya adat istiadat persandingan pasangan pengantin.

Kedua pengantin seterusnya dijemput menyaksikan persembahan seterusnya setelah dijemput duduk di kawasan khemah memandangkan cuaca yang mendung hujan pada hari tersebut. Persembahan yang di hamparkan kepada kedua pasangan pengantin pada hari tersebut adalah persembahan Solo Dari Sri Kandi Cilik dan seterusnya disembung dengan persembahan Solo bersenjata. Kemudian, Persembahan Jurus Tempur Berparang yang menghangatkan persembahan sebelum di tutup oleh persembahan penuh berseni dari orang lama dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh iaitu Kekanda Wan Syed Razali dengan Jurus penuh berseni dan " Gerenek " yang memukau.

Alhamdulillah. Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kehadiran kami dalam memenuhi istiadat warisan kita dalam acara perkahwinan pada kali ini.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai dan mendoakan agar pernikahan yang dijalinkan kekal abadi sampai kiamat dan dirahmati serta diberkati Allah Swt. Semoga subur beranak pinak dan dikurniakan keluarga Sakinah. Insha Allah Amin.

Salam Sembah PP7






















 



 




 














PERGURUAN SILAT PUKULANPENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my



No comments:

Post a Comment