Pages

23 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK



PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIRUL DAN NABILAH DI DEWAN DATU MERPATI JEPANG, SATOK, KUCHING, SARAWAK.

7 Disember 2019, Sabtu. Alhamdulillah terlah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan mempelai Hazirul Dan Nabillah yang telah diselamat diadakan di Dewan Datu Merpati Jepang, satok, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan seni silat untuk menyambut kedatangan raja sehari dan seterusnya menyerikan cara adat persandingan pernikahan Orang Melayu yang berlangsung pada hari itu.

Persembahan jurus menyambt kedatangan Raja sehari sebaik memasuki Dewan berlangsungnya majlis diiringi oleh paluan hadrah.

Seterusnya pasangan pengantin berjalan diiringi oleh dzikir dan doa menuju pelamin dan disandingkan untuk memohon restu dan kehadiran para saksi hadirin dan hadirat yang hadirat.

Persembahan diteruskan dengan persembahan Solo Seni bersenjata dan tempur pasangan Sri Kandi dan juga Tempur berparang .

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Majlis yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk membuat persembahan.

Semoga Allah merahmati pernikahan yang telah terjalin dan disatukan kekal abadi serta dirahamati serta diberkati Allah Swt hendakNya,

Salam Sembah dari PP7

















 








PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

No comments:

Post a Comment