Pages

26 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAFIZ DAN HANIESAH DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 23.12.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAFIZ DAN HANIESAH DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 23.12.2019

Alhamdullillah. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima undangan membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Pasangan Hafiz dan Haniesah yang telah dilangsungkan di Bandar Baru Samariang pada 23 Disember 2019, Hari Ahad yang lalu. 

Persembahan Silat dimulakan sebaik menyambut kehadiran kedua pasangan pengantin di lokasi berlangsungnya Acara persandingan pasangan Raja Sehaji yang dihiasi busana indah. 

Persembahan pembuka jurus solo membuka tirai persembahan dan seterusnya diikuti oleh persembahan tempur bersenjata yang diteruskan dalam hujan rahmat.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan kepada pengelola ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk mempersembahkan persilatan yang merupakan warisan pusaka melayu dalam mana - mana adat istiadat melayu termasuk adat perkahwinan.

Perguruan kami juga mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan. Semoga pernikahan yang dibina kekal abadi sampai ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati dan memberkati hendakNya.

AMIN.

Salam Sembah PP7.




















PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


No comments:

Post a Comment