Pages

Showing posts with label Astana. Show all posts
Showing posts with label Astana. Show all posts

30 October 2018

PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSATUAN PERSILATAN SENI ASLI ZAMRUD KUCHING



PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSATUAN PERSILATAN SENI ASLI ZAMRUD KUCHING

Pertama kalinya, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan terima kasih atas jemputan dari Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching untuk membuat persembahan silat di Program Persembahan Pencak Silat Sempena aktiviti Tahunan 2018 yang berlangsung di Plaza Astana, Jalan Astana Kuching Sarawak.

Program ini juga melibatkan seramai 10 orang pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang membuat persembahan pada hari tersebut.

Tahniah juga kepada pesilat - pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang bertungkus lumus menjayakan persembahan di program tersebut.

Program Pencak Silat Sempena Aktiviti Tahunan 2018 ini turut menjemput beberapa lagi Perguruan Silat yang lain.Perguruan yang disenaraikan adalah.

1. Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Sarawak.
2. Perguruan Silat Hailam Laut Serpan
3. Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak
4. Kumpulan Pecahan Seni Silat Melayu Asli
5. Perguruan Silat Lianb Padukan
6. Perguruan Seni Silat Kilas Maut
7. Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
8. Perguruan Silat Pasma Spring 12

Program sebegini amatlah bermanfaat dalam merapatkan dan mengeratkan sillaturrahim sesama perguruan silat selain dari menaikkan martabat persilatan serta menanam semangat cintakan warisan persilat di kalangan golongan anak - anak muda.

Tahniah kepada semua perguruan yang terlibat termasuk para pesilat - pesilat yang besemangat mempersembahkan seni persilatan dari perguruan masing - masing.

Sampai bertemu di lain program.

Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu,



Perguruan Silat
Pukulan Pendekar Tujuh.