Pages

Showing posts with label Rumpun Silat Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Rumpun Silat Sarawak. Show all posts

19 November 2023

PERWAKILAN PERGURUAN KE MESYUARAT AGUNG RUMPUN SILAT WILAYAH KUCHING 2023 - 2025


19 November 2023, Serapi Hotel Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Telah berlangsung Mesyurat Agung Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching tempoh 2023 - 2025 yang telah berlangsung di Serapi Hotel, Kuching, Sarawak.

Mesyuarat Agung yang yang tekah dihadiri lebih 20 Perguruan dari 40 lebih perguruan dari seluruh wilayah Kuching ini diadakan untuk memilih barisan Ahli Jawatan Kuasa bagi tempoh yang seterusnya iaitu tempoh 2023 - 2025.

Perwakilan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh turut dijemput hadir ke Mesyuarat ini bagi mendengarkan agenda - agenda mesyuarat dan laporan laporan serta usul yang dibentangkan. Perwakilan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada mesyuarat kali ini terdiri dari Guru Muda, Pewaris dan beberapa orang Jurulatih gelanggang untuk menyaksikan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching untuk tempoh yang seterusnnya.

Syukur kerana pemilihan berjalan dengan lancar dan salah seorang dari Ahli perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh merupakan salah seorang Ahli Jawatannkuasa yang dilantik untuk bersama barisan AJK yang telah dipilih.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan Syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatan Kuasa baru yang dilantik. 

Semoga dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab Sebaik mungkin dengan penuh dedikasi dan amanah. Semoga Persilatan di Sarawak akan terus maju dan berkembang sejauh yang mungkin di bawah amanah Ahli Jawatan Kuasa Rumpun Silat Wilaah Kuching yang baru dilantik.











PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH.
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

22 May 2022

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2022M / 1443H RUMPUN SILAT SARAWAK ZON 1 DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK



 

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2022M / 1443H RUMPUN SILAT SARAWAK ZON 1 DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK

Bismillahirrahmanirrahim,Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillallah, Allauakhbar.

22 Mei 2022 Sabtu telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2022M / 1443 yang dianjurkan oleh Rumpun Silat Sarawak bagi Zon 1 yang terdiri Rumpun Silat Sarawak dari 3 Wilayah iaitu Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuhing, Rumpun Silat Sarawak Wilayah Samarahan dan juga Rumpun Silat Sarawak Wilayah Serian yang telah berlangsung di Dewan Hikmah, Kuching, Sarawak.

Majlis pada malam itu diserikan dengan kehadiran Ayahanda Presiden Rumpun Silat Sarawak Tuan Haji Muhammad Haneef Ali. Turut hadir pada malam itu juga adalah Setiausaha Politik Premier Sarawak iaitu Encik Syed Azmee Wan Junaidi. Selain itu majlis dihadiri oleh Ahli - ahli Lembaga Amanah Kebajikan Rumpun Silat Sarawak.

Majlis ramah tamah Aidilfitri pada malam itu dihidupkan dengan kehadiran Ayahanda Guru - guru Utama dari Perguruan di Wilayah Kuching, Samarahan dan Serian yang juga diiringi oleh barisan guru - guru muda, jurulatih serta pesilat  - pesilat dari pelbagai perguruan.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh diwakili oleh Guru Pewaris Iswandy Bin Mahmud, Guru Muda Muhd Azroi Nizam Bin Mahmud diiringi oleh barisan beberapa orang jurulatih serta pesilat.

Majlis yang dibuka seawal Jam 7.30 Malam dimulai dengan ketibaan Guru - guru tua atau guru - guru utama serta pesilat dan kemudian diikuti oleh barisan dif - dif jemputan yang diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Rumpun Silat Sarawak.

Majlis dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya teruskan dengan ucapan Aluan Pengerusi Rumpun Silat Sarawak wilayah Kuching Encik Taib Bin Yusuf yang kemudian diikuti dengan ucapan Presiden Rumpun Silat Sarawak yang dibacakan oleh Naib Timbalan 1 Presiden Rumpun Silat Sarawak Ayanda Guru Ali.

Majlis perasmian telah selamat disempurnakan dan kemudiannya Simbolik Perasmian Majlis menjemput Persembahan Silat Buka Gelanggang yang dipersembahkan oleh Wakil Pesilat dari Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh iaitu Saudara Azlan Bin Rumadi.

Penyerahan Cenderahati untuk majlis pada malam itu adalah berupa sebuah tanjak yang direka khas oleh Tanjak MIM.

Kemudian, Tibalah acara utama iaitu Ramah Tamah yang meriah dengan kehadiran lebih kurang 500 orang jemputan secara keseluruhan termasuk dif - dif jemputan sambil menikmati juadah yang disediakan oleh pihak Ahli persiapan Majlis.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama dengan ayahanda Guru - guru yang semestinya menjadi tanda kenangan kepada semua kehadiran pada majlis malam ini.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas jemputan ke majlis ini dan terutamanya atas kesudian pihak Majlis yang sudi mempersilakan Persembahan Persilatan dari Pesilat Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh untuk persembahan buka gelanggang pada pada majlis yang sangat bermakna dan bermakna ini.

Tidak lupa Ucapan Syabas dan Tahniah kepada Ahli Jawatan Kuasa penganjur Rumpun Silat Sarawak Zon 1 dari 3 Wilayah yang berjaya menganjurkan majlis ini yang semestinya mengeratkan dan menyatukan silaturahim antar perguruan - perguruan dari Zon 1.

Semoga akan banyak lagi majlis - majlis pada masa akan datang dari Rumpun Silat Sarawak yang amatlah dialu - alukan dan untuk kemashlahatan persilatan di Wilayah Kuching khasnya. InshaAllah.

Syabas dan Tahniah kepada pihak penganjur Majlis.
Salam Silaturhami kepada semua Perguruan Persilatan di Wilayah Kuching.


PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www. pukulanpendekartujuh.blogspot.my


KETIBAAN JEMPUTAN

KETIBAAN PRESIDEN RUMPUN SILAT SARAWAK



UCAPAN PRESIDEN RUMPUN SILAT SARAWAK
( MELALUI TIMBALAN RSS )


PEMBERIAN CENDERAHATI

GAMBAR RAMAH TAMAH

 









  




 












 
















 



































 SESI FOTOGRAFI BERSAMA








PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my