Pages

Showing posts with label Majlis Pecah Tanah. Show all posts
Showing posts with label Majlis Pecah Tanah. Show all posts

16 December 2020

PERSEMBAHAN PERSILATAN MENYAMBUT KEDATANGAN KETUA MENTERI SARAWAK DI MAJLIS PECAH TANAH WISMA MELAYU OLEH AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK


PERSEMBAHAN PERSILATAN MENYAMBUT KEDATANGAN KETUA MENTERI SARAWAK DI MAJLIS PECAH TANAH WISMA MELAYU OLEH AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin.

10 Disember 2020 Hari Khamis telah berlangsung Majlis Pecah tanah Wisma Melayu Sarawak yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat ( Dr. ) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Haji Abang Openg di Jalan Diplomatik Petrajaya Kuching.

Wisma Melayu ini adalah pemilikan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak ( AKYBMS) yang mana Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Pengerusikan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Pengurus Besar adalah Datu Dr Haji Sanib Bin Haji Said.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih terutama kepada warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak terutama Pengurus Besar Yang Berbahagia Datu Dr Haji Sanib Bin Haji Said yang sudi menjemput kehadiran Perguruan kami untuk menjunjung adat persilatan di Majlis yang menjadi catatan sejarah bagi masyarakat Melayu penuh kebudayaan dan adat istiadat terutamanya persilatan yang merupakan warisan pusaka yang harus dipelihara sebaiknya demi dikekalkan kelangsungannya ke generasi yang akan datang.

Besar makna dan pengertiannya bagi Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh atas pelantikan untuk mempersembahan persilatan kami untuk menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak ke Majlis Pecah Tanah Wisma Melayu yang telah berlangsung dengan jayanya.

Persembahan Silat yang dipersembahkan oleh Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh kepada Ketua Menteri Sarawak pada hari tersebut dimulai dengan Persembahan Silat Pulut dan juga persembahan Sembah Solo. Persembahan Silat Pulut dipersembahakan oleh pasangan pesilat  Rafiq Sharman Shahreezal Bin Sahimi dan juga Pesilat Ameer Shamierul Bin Sapri . Setelah itu di sambung dengan persembahan sembah salam dari Pesilat Wan Mohd Firdaus Bin Syed Razali sebelum Ketua Menteri memasuki Dewan tempat berlangsungnya Majlis Pecah Tanah dan setelah itu penganjur meneruskan acara berikutnya.

Kami dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga turut mendoakan segala usaha yang dilaksanakan oleh Amanah Khairat Yayasan Kebudayaan Melayu Sarawak bagi merealisasikan usaha pembinaan Wisma Melayu ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga nanti akan dapat dimanfaat oleh segenap lapisan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu untuk lebih mengenali secara dekat kebudayaan Melayu agar dapat dihayati sebaiknya nanti.

Terima kasih daun keladi.

Semoga Allah merah,mati dan memberkati.

Salam PP7

























































































PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my