Pages

09 December 2023

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN ALIF HAZWAN DAN WIKO NURMALA DI DEWAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK

09 Disember 2023, Sabtu.

Alhamdulillah, Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di  Majlis Persandingan Alif Hazwan bersama dengan pasangannya Wiko Nurmala yang telah berlangsung dengan indahnya di Dewan Pustaka Negeri Sarawak.

Persembahan dengan dimulakan dengan Pesilat Cilik yang mengiringi Pasangan Pengantin memasuki dewan persandingan yang disaksikan oleh hadirin termasuk jemputan kehormat dari pihak keluarga Pengantin.

Seusai Pasangan Pengantin mengambil tempat di Pelamin, Majlis diserikan dengan Persembahan jurus Sembah Salam buat pasangan Raja Sehari yang disandingkan di atas singgahsana.

Persembahan Solo dari Pesilat Azlan melengkapkan persembahan silat dari perguruan yang juga menutup sembah mengadap raja sehari yang diraikan pada hari itu.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh memberikan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak keluarga pengantin terutama buat Ayahanda Haji Azamri serta urusetia majlis yang sudi menjemput kedatangan kami untuk menghampar sembah persilatan di majlis yang amat bermakna dan indah ini. Segala kekurangan kami memohon izin ampun.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mendoakn semoga Ikatan Pernikahan yang telah dijalinkan disempurnakan Allah swt di dunia dan Akhirat, semoga subur bernanak pihak dan di kurnikan keturunan yang Soleh dan beriman. Allahuma, peliharakanlah segala amalan dan ibadah sebaik - baik kurniaan dan rahmat berkat di sisiMU.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sembah Salam PP7










PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my




















 

19 November 2023

PERWAKILAN PERGURUAN KE MESYUARAT AGUNG RUMPUN SILAT WILAYAH KUCHING 2023 - 2025


19 November 2023, Serapi Hotel Kuching, Sarawak.

Alhamdulillah. Telah berlangsung Mesyurat Agung Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching tempoh 2023 - 2025 yang telah berlangsung di Serapi Hotel, Kuching, Sarawak.

Mesyuarat Agung yang yang tekah dihadiri lebih 20 Perguruan dari 40 lebih perguruan dari seluruh wilayah Kuching ini diadakan untuk memilih barisan Ahli Jawatan Kuasa bagi tempoh yang seterusnya iaitu tempoh 2023 - 2025.

Perwakilan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh turut dijemput hadir ke Mesyuarat ini bagi mendengarkan agenda - agenda mesyuarat dan laporan laporan serta usul yang dibentangkan. Perwakilan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada mesyuarat kali ini terdiri dari Guru Muda, Pewaris dan beberapa orang Jurulatih gelanggang untuk menyaksikan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching untuk tempoh yang seterusnnya.

Syukur kerana pemilihan berjalan dengan lancar dan salah seorang dari Ahli perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh merupakan salah seorang Ahli Jawatannkuasa yang dilantik untuk bersama barisan AJK yang telah dipilih.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan Syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatan Kuasa baru yang dilantik. 

Semoga dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab Sebaik mungkin dengan penuh dedikasi dan amanah. Semoga Persilatan di Sarawak akan terus maju dan berkembang sejauh yang mungkin di bawah amanah Ahli Jawatan Kuasa Rumpun Silat Wilaah Kuching yang baru dilantik.











PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH.
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my