Pages

20 March 2022

MESYUARAT GURU GURU SILAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING

 

MESYUARAT GURU GURU SILAT  RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING

Bismaillahirrahmanirrahim...

20 Mac 2022, AHAD Telah berlangsung Mesyuarat Guru - Guru Silat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching di Dewan Komplek Belia Dan Sukan yang dianjurkan oleh Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching.

Mesyuarat kali ini dalah julung kali diadakan semenjak pelantikan Ahli Jawatankuasa Rumpun Silat Wilayah Kuching semenjak pelantikan AJK yang baru pada mesyuarat pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Rumpun Silat Wilayah Kuching yang baru. Meyuarat kali ini turut dihadiri oleh Presiden Rumpun Silat Sarawak YBhg. Tuan Guru Haji Muhammad Haneef Ali dan juga Timbalan Presiden Ayahanda Guru Ali Bin Zainudin. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh barisan guru - guru dari perguruan yang bernaung dibawah Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching yang turut diiiringi oleh barisan guru - guru muda dan jurulatih.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh diwakili oleh Pewaris Perguruan Saudara Iswandy Mahmud juga Saudara Azlan Rumadi yang juga merupakan salah seorang AJK di dalam Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching.

Mesyuarat pada kali ini menyusun beberapa agenda yang penting untuk dibincangkan dalam menyusun atur program dan juga mengangkat beberapa isu berbangkit. Mesyuarat pada kali ini juga memperdengarkan beberapa amanat penting dari Tuan Presiden Rumpun Silat Sarawak dan juga beberapa isi penyampaian dari Tuan Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching selain dari ucapan beberapa Guru Utama yang memberikan padangan di dalam mesyuarat.

Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan berbanyak terima kasih dan  penghargaan atas jemputan dari Ahli Jawatankuasa Rumpun Silat Wilayah Kuching atas jemputan kepada Perguruan kami untuk menghadiri Mesyuarat yang diadakan ini.

Semoga AJK RSS Wilayah Kuching dapat mengangkat beberapa perancangan yang terbaik dalam meneruskan kelestarian persilatan di dalam Negeri Sarawak.












































































PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

02 January 2021

PERSEMBAHAN PERSILATAN MAJLIS PERKAHWINAN HAIDIR DAN NORLIA DI KAMPUNG STAPOK , BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK - 02 JANUARI 2021

PERSEMBAHAN PERSILATAN MAJLIS PERKAHWINAN HAIDIR DAN NORLIA DI KAMPUNG STAPOK , BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK - 02 JANUARI 2021

Bismillahirrahmanirrahim. 

02 Januari 2021, Hari Sabtu. Alhamdulillah, Pembuka permulaan tahun baru 2021 Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah dijemput untuk mempersembahkan persilatan Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh di Majlis Perkahwinan pasangan Haidir dengan Norlia yang mana telah dilangsungkan dengan meriah di Kampung Stapok, Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Sebelum persembahan bersempena menyambut kedatangan pasangan Pengantin , juga berlangsung adalah Majlis Khatamal Al Quran oleh adik - adik yang mana perarakan masuk mereka ke Majlis Khatamal Quran telah diiiringi oleh Dua orang Hulu Balang yang terdiri dari Pesilat Perguruan Seni Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

Selesainya Majlis Khatamal Al- Quran, Pengantin yang diperhiaskan dengan busana adat Melayu tiba ke Lokasi Berlangsungnya Majlis Perkahwinan untuk di sandingkan.

Setibanya kedua pasangan pengantin di lokasi , Persembahan persilatan dimulakan dengan Persembahan Silat adat kapak yang dipersembahkan oleh pasangan persilat Wan Mohd Firdaus dengan Haizum. 

Kemudian persembahan diterusnya dengan persembahan silat Pulut yang dipersembahkan oleh Pesilat Rafiq dengan Amir.

Penutup persembahan menyaksikan persembahan solo kreatif oleh pesilat  Wan Syed Azahari yang mempersembahan persilatan dengan penuh bergaya sebelum kedua pasangan meneruskan majlis berjalan ke pelaminan untuk disanding dan memohon restu orang tua di kedua pasangan pengantin.

Perguruan Seni Silat merakamkan jutaan penghargaan di atas kesudian Ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan yang sudi menjemput kami untuk mempersembahkan persilatan kami di Majlis Perkahwina Pasangan Haidir dan Norlia.

Kami juga mendoakan semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan berkekalan sampai kiamat. Semoga kedua pasangan dikurniakan keluarga yang sakinah, beranak pinak hendaknya, dilimpahi rezeki dan rahmat dan keberkatan. Amin.

Sembah Salam PP7



































PERGURUAN SENI SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my