Pages

17 August 2018

PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MARTIAL ARTS DISPLAY EVENTS DI KUCHING FESTIVAL 2018 DI MBKS KUCHING SARAWAK.


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MARTIAL ARTS DISPLAY EVENTS DI KUCHING FESTIVAL 2018 DI MBKS KUCHING SARAWAK.

11 Ogos 2018, Sabtu telah berlangsung events Martial Arts Display di Stadium Hoki MBKS yang disertai oleh himpunan persatuan Seni mempertahankan diri dari seluruh Kuching termasuk Silat, Karate, Tai-chi, Wushu,Silambam,taekwando dan banyak lagi Persatuan seni mempertahankan diri termasuk Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

events ini diadakan juga bersempena dengan penganjuran Kuching Festival 2018 yang menyusun pelbagai acara -acara menarik yang menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh pelusuk Sarawak dan juga pengunjung dari luar negeri Sarawak dan juga pelancong asing dari pelbagai negara.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh turut mempersembahkan seni persilatan pada giliran kelima bersama Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawa yang dipimpin oleh Guru Muda haspan Junaidi pada malam itu.

Tahniah kepada para pesilat yang menjayakan persembahan pada malam itu. Persembahan malam itu menyaksikan gabungan persembahan antara dua perguruan yang memberikan persembahan seni yang menarik perhatian pada jemputan dan penonton yang turut memeriahkan penganjuran events pada kali ini.

Semoga akan lebih banyak penganjuran dan pengabungan persembahan bersama pada masa yang akan datang demi memartabatkan seni warisan persilatan serta menarik minat pada generasi sekarang dan mendatang untuk mempelajari seni persilatan yang sangat berharga ini.


Perguruan Silat,
Pukulan Pendekar Tujuh.































No comments:

Post a Comment