Pages

26 March 2019

VIDEO PERSEMBAHAN PESILAT - PESILAT PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI KEJOHANAN JEMPUTAN SILAT SENI ANJURAN PERSATUAN SILAT OLAHRAGA BAHAGIAN KUCHING - MAC 2019



VIDEO PERSEMBAHAN PESILAT - PESILAT PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI KEJOHANAN JEMPUTAN SILAT SENI ANJURAN  PERSATUAN SILAT OLAHRAGA BAHAGIAN KUCHING - MAC 2019



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH & PARIS DENDAM DI MAJLIS PERKAHWINAN FAZUAN & SHAFINI DI BANQUET HALL KELAB GOLF SARAWAK, KUCHING.


VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH & PARIS DENDAM DI MAJLIS PERKAHWINAN FAZUAN & SHAFINI DI BANQUET HALL KELAB GOLF SARAWAK, KUCHING.


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


VIDEO PERSEMBAHAN SOLO PP7 WAN MOHD FIRDAUS DISAMBUTAN MAAL HIJRAH 2009 DI MASJID JAMEK KUCHING, SARAWAK.



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


VIDEO PERSEMBAHAN SOLO WAN HAFIZ DI PROGRAM SILAT BERHIJRAH DI MYDIN PETRAJAYA, KUCHING, SARAWAK.



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my

SYABAS BUAT WAKIL PESILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI KEJOHANAN JEMPUTAN SILAT SENI ANJURAN PERSATUAN SILAT OLAHRAGA DI BAHAGIAN KUCHING.


SYABAS BUAT WAKIL PESILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI KEJOHANAN JEMPUTAN SILAT SENI ANJURAN PERSATUAN SILAT OLAHRAGA DI BAHAGIAN KUCHING. - MAC 2019

Semalam pada 25 Mac 2019 bertempat di Waterfront Kuching telah berlangsung Kejohanan Jemputan Silat Seni anjuran Persatuan Silat Olahraga di Bahagian Kuching. Kejohanan yang berlangsung menghimpunkan perguruan - perguruan silat yang terbaik mempertandingkan pesilat - pesilat mereka dalam mempersembahkan potensi terbaik mereka merebut kejohanan ada hari itu.

Kejohanan berlangsung selama dua hari di Waterfront Kuching yang menyaksikan kategori Solo Putera Puteri Pra- Remaja dan remaja pada hari pertama dan kategori Persembahan terbaik berkumpulan pada hari kedua dan langsungkan terus pengumuman keputusan kejohanan.

Sejarah tercipta buat julung kalinya Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mempertandingkan pesilat  - pesilatnya. Seramai 5 orang Pesilat yang berentap dalam kejohanan kali ini yang merupakan penampilan pertama kali dari Pesilat yang mewakili perguruan dalam pertandingan dan kejohanan yang dianjurkan.

Pesilat - pesilat yang bertanding adalah

Katagori Solo Putera ( Pra Remaja )

1. Mohd Muqkhris Bin Hipnee
2. Muhammad Asfia Bin Sobeng
3. Danish Azraie Bin Awang Helmi

Kategori Solo Puteri ( Remaja )

1. Siti Umi Umirah Binti Majeri
2. Siti Khatijah Binti Jullkipli

Tahniah dan syabas kepada pesilat - pesilat yang telah tampil mewakili Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dalam kejohanan kali ini. Semoga penyertaan ini menjadi sebuah mukadimah dalam mengetengahkan potensi yang terbaik dalam persilatan dikalangan pesilat - pesilat Pukulan Pendekar Tujuh.

Semoga ini juga menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada pesilat - pesilat yang lain dalam menyertai kejohanan yang lain.

Pusaka Warisan Dijunjung,
Ilmu Persilatan disanjung.






PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING SARAWAK



VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN PUKULAN PENDEAKR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING SARAWAK

PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM DI MAJLIS PERKAHWINAN SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019


PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM  DI MAJLIS PERKAHWINAN  SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019

Banquet Hall di Kelab Golf Sarawak ( KGS ) merupakan venue atau lokasi berlangsungnya Majlis Perkahwinan Fazuan dan Syafini. Pihak ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan pada kali ini diserikan dengan persembahan seni warisan kita iaitu Silat.

Persembahan silat pada kali ini menyaksikan kerjasama dua Perguruan Silat iaitu Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan persilatan masing masing dengan gaya atau " Gerenek " yang tersendiri dari persilat - pesilat yang mempersembahankan silat masing - masing.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada majlis tersebut mempersembahkan persembahan Silat dimulai dengan persembahan Jurus wajib Sri Kandi dari Pasangan Persilat Sri Kandi yang menyambut kedatangan Kedua pasangan mempelai sejurus pasangan pengantin memasuki dewan. Persembahan dimulai di hadapan pengantin sebelum pengantin naik ke pelamin sebelum dipersandingkan.

Slot kedua persembahan silat di Mulai ketika makanan beradat pengantin di mulai. Persembahan dimulai dengan persembahan buah pecah dari Pasangan Guru Muda dan pesilat kanak - kanak yang mempersembahkan Buah pecahan tempur. Setelah itu disambung dengan Pasangan Pesilat Peguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang terdiri dari Pesilat Lelaki berpasangan yang mempersembahkan silat Jurus Wajib Perguruan berpasangan. Persembahan ditutup dengan satu lagi persembahan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan Jurus Tempur dari pasangan Pesilat kanak - kanak yang mempamerkan aksi bertenaga dan mendapat tepukan dari para hadirin dan hadiran yang hadir.

Perguruan Silat Pendekar Tujuh turut ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih buat jemputan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam di atas kesudian menjemput perguruan kami dalam membuat persembahan bersama ini. Mudahan akan ada lagi ruang kerjasama seperti ini dalam atas nama sillaturrahim dan bawah payung warisan bergenerasi. Insha Allah.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh juga mendoakan semoga kedua pasangan yang melangsung perkahwinan mendapat rahmat dan berkat serta dikurniakan pernikahan yang bahagia dan kekal abadi hendaknya. Insha Allah.







 















































 





PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my