Pages

26 March 2019

PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM DI MAJLIS PERKAHWINAN SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019


PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM  DI MAJLIS PERKAHWINAN  SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019

Banquet Hall di Kelab Golf Sarawak ( KGS ) merupakan venue atau lokasi berlangsungnya Majlis Perkahwinan Fazuan dan Syafini. Pihak ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan pada kali ini diserikan dengan persembahan seni warisan kita iaitu Silat.

Persembahan silat pada kali ini menyaksikan kerjasama dua Perguruan Silat iaitu Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan persilatan masing masing dengan gaya atau " Gerenek " yang tersendiri dari persilat - pesilat yang mempersembahankan silat masing - masing.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada majlis tersebut mempersembahkan persembahan Silat dimulai dengan persembahan Jurus wajib Sri Kandi dari Pasangan Persilat Sri Kandi yang menyambut kedatangan Kedua pasangan mempelai sejurus pasangan pengantin memasuki dewan. Persembahan dimulai di hadapan pengantin sebelum pengantin naik ke pelamin sebelum dipersandingkan.

Slot kedua persembahan silat di Mulai ketika makanan beradat pengantin di mulai. Persembahan dimulai dengan persembahan buah pecah dari Pasangan Guru Muda dan pesilat kanak - kanak yang mempersembahkan Buah pecahan tempur. Setelah itu disambung dengan Pasangan Pesilat Peguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang terdiri dari Pesilat Lelaki berpasangan yang mempersembahkan silat Jurus Wajib Perguruan berpasangan. Persembahan ditutup dengan satu lagi persembahan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan Jurus Tempur dari pasangan Pesilat kanak - kanak yang mempamerkan aksi bertenaga dan mendapat tepukan dari para hadirin dan hadiran yang hadir.

Perguruan Silat Pendekar Tujuh turut ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih buat jemputan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam di atas kesudian menjemput perguruan kami dalam membuat persembahan bersama ini. Mudahan akan ada lagi ruang kerjasama seperti ini dalam atas nama sillaturrahim dan bawah payung warisan bergenerasi. Insha Allah.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh juga mendoakan semoga kedua pasangan yang melangsung perkahwinan mendapat rahmat dan berkat serta dikurniakan pernikahan yang bahagia dan kekal abadi hendaknya. Insha Allah.







 















































 





PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


No comments:

Post a Comment