Pages

22 February 2019

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIM DAN NUR AMALINA DI KUCHING PARK HOTEL, KUCHING, SARAWAK - FEBRUARI 2019.


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIM DAN NUR AMALINA DI KUCHING PARK HOTEL, KUCHING, SARAWAK - FEBRUARI 2019.

Pada 2 Februari 2019 yang lalu telah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan Hazim dan Nur Amalina yang berlangsung di Dewan Jasper 1-3 A ( Level 2 ) di Kuching Park Hotel dan Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan tersebut.

Majlis yang bermula seawal jam kira - kira 9.00 Pagi dimulakan dengan persembahan silat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh sebagai pembuka majlis sejurus pasangan pengantin tiba dan diarak ke pelaminan. 

Persembahan permbukaan dari pesilat - pesilat perguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang berlangsung mempersembahakan persembahan Silat Solo, tempur dan jurus salam berkumpulan untuk menyerikan majlis perkahwinan pada hari tersebut.

Apa yang menariknya pada majlis perkahwinan Hazim dan Nur Amalina di Kuching Park Hotel ini adalah cenderahatinya yang berupa kicap jenama Jalen yang turut di edar kepada para hardirin dan hadiran. Ini merupakan satu kelainan yang jarang di dapati dan rata - rata para hadirin yang hadir berapa gembira dan tertarik dengan cendera hari yang diberikan.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga ingin mengucapkan jutaan dan penghargaan kepada pengelola dan pihak ahli jawatan kuasa majlis termasuk pihak keluarga pengantin yang sudi menjemput Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh untuk membuat persembahan warisan silat yang merupakan sebahagian dari adab majlis orang Melayu.

Semoga Allah Merahmati dan memberkati pernikahan pasangan pengantin dan semoga kekal abadi dan selamanya.Selamat pengantin baru dari pihak Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

Adat dijunjung, Warisan Pusaka di Sanjung.

Perguruan Silat,
Pukulan Pendekar Tujuh.


 








 






























 




PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.com


31 October 2018

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT DI PROGRAM PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSILATAN SENI ZAMRUD KUCHING DI PLAZA ASTANA KUCHING SARAWAK.


VIDEO PERSEMBAHAN SILAT DI PROGRAM PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSILATAN SENI ZAMRUD KUCHING DI PLAZA ASTANA KUCHING SARAWAK.


Perguruan Silat,
Pukulan Pendekar Tujuh

30 October 2018

PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSATUAN PERSILATAN SENI ASLI ZAMRUD KUCHING



PERSEMBAHAN PENCAK SILAT SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN 2018 JEMPUTAN PERSATUAN PERSILATAN SENI ASLI ZAMRUD KUCHING

Pertama kalinya, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan terima kasih atas jemputan dari Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching untuk membuat persembahan silat di Program Persembahan Pencak Silat Sempena aktiviti Tahunan 2018 yang berlangsung di Plaza Astana, Jalan Astana Kuching Sarawak.

Program ini juga melibatkan seramai 10 orang pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang membuat persembahan pada hari tersebut.

Tahniah juga kepada pesilat - pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang bertungkus lumus menjayakan persembahan di program tersebut.

Program Pencak Silat Sempena Aktiviti Tahunan 2018 ini turut menjemput beberapa lagi Perguruan Silat yang lain.Perguruan yang disenaraikan adalah.

1. Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Sarawak.
2. Perguruan Silat Hailam Laut Serpan
3. Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak
4. Kumpulan Pecahan Seni Silat Melayu Asli
5. Perguruan Silat Lianb Padukan
6. Perguruan Seni Silat Kilas Maut
7. Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
8. Perguruan Silat Pasma Spring 12

Program sebegini amatlah bermanfaat dalam merapatkan dan mengeratkan sillaturrahim sesama perguruan silat selain dari menaikkan martabat persilatan serta menanam semangat cintakan warisan persilat di kalangan golongan anak - anak muda.

Tahniah kepada semua perguruan yang terlibat termasuk para pesilat - pesilat yang besemangat mempersembahkan seni persilatan dari perguruan masing - masing.

Sampai bertemu di lain program.

Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu,



Perguruan Silat
Pukulan Pendekar Tujuh.