Pages

15 April 2019

PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PP7 DI KARNIVAL DARUL HANA 2019, KUCHING, SARAWAK.


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI KARNIVAL DARUL HANA 2019, KUCHING, SARAWAK.

Karnival Darul Hana 2019 merupakan satu lagi program yang sangat bermanfaat dalam mengetengahkan warisan dan kesenian disamping banyak lagi acara dan program yang diadakan dalam pengisian - pengisian yang disusun atur oleh pihak penganjur untuk orang ramai.

Slot Silat adalah salah satu slot yang disusun di dalam karnival yang mempamerkan persembahan - persembahan silat dari beberapa perguruan silat dari sekitar bandar Kuching.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merupakan salah satu perguruan jemputan ke Karnival ini bersama dengan beberapa lagi perguruan Silat yang lain.

Majlis Perasmian Karnival Darul Hana disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang disambut dengan persembahan Silat dari empat perguruan yang mempersembahkan persilatan nya pada hari itu. Perguruan yang terlibat adalah Persatuan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching, Persatuan Persilatan Asli Zamrud Kuching, Kumpulan Pecahan Silat Melayu Asli,Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh.

Kemudian pada sebelah petang pula dimasukkan slot Persembahan Silat dari perguruan yang terlibat yang mempamerkan persembahan dari Perguruan - Perguruan silat dengan gaya yang tersendiri. Persembahan berlangsung selama 2 hari yang mengisi slot sebelah petang.

Antara senarai Perguruan yang membuat persembahan pada hari itu adalah 

Persatuan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching

Kumpulan Pecahan Silat Melayu Asli

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh

Persatuan Persilatan Asli Zamrud Kuching

Kelab Silat Olahraga Spring Sendeng

Kuntau Melayu Asli Telaga Air

Perguruan Seni Silat Cakar Harimau.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pesilat - pesilat yang terlibat terutamanya kepada pesilat dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh yang sama - sama menjayakan persembahan di Karnical Darul Hana 2019.

Teruskan Semangat Persilatan bersama.



















 










































PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my









02 April 2019

VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI PROGRAM JALINAN MESRA INTEGRASI DI DATARAN KAMPUNG SOURABAYA HILIR, KUCHING, SARAWAK. - 29.03.2019.



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI PROGRAM JALINAN MESRA INTEGRASI DI DATARAN KAMPUNG SOURABAYA HILIR, KUCHING, SARAWAK. - 29.03.2019


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI PROGRAM JALINAN MESRA INTEGRASI DI DATARAN KAMPUNG SOURABAYA HILIR, KUCHING, SARAWAK. - 29.03.2019.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada 29 Mac 2019 hari  Jumaat yang lepas telah dijemput ke Program Jalinan Mesra Intergrasi bersempena dengan Lawatan Integrasi daripada KRT Niah, Daerah Subis dari Miri Sarawak.

Program pada kali ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National Bahagian Kuching dengan kerjasama KRT Kampung Sourabaya Hilir ( KASOUHI ).

Perguruan kami, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh turut dijemput untuk mempersembahan persilatan kami dihadapan para hadirin dan hadiran pada malam itu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mempersembahkan Persembahan Jurus Sembah Salam, Persembahan Jurus Solo dan juga persembahan Jurus Sri Kandi.Selain itu, Persembahan tempur juga turut dipersembahkan. Persembahan diakhiri dengan Jurus wajib perguruan untuk menutup persembahan pada malam itu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian menjemput perguruan kami pada majlis tersebut.

Semoga Allah memberkati dan merahmati semua.

















 

 

















PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my