Pages

30 September 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN BIAN SYARIFUDIN & NOR HAZLYANA SHIQIN DI SAMARIANG AMAN, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019



PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN BIAN SYARIFUDIN & NOR HAZLYANA SHIQIN DI SAMARIANG AMAN, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019


28 September 2019, Sabtu. Alhamdulilah Satu lagi jemputan dari Majlis Perkahwinan Bian Syarifudin Bin Jum'mat dengan pasangan  Norhazlyana Shiqin Binti Mohamad Norhisham yang berlangsung di Samariang Aman, Kuching, Sarawak.

Bian Syarifudin merupakan salah seorang dari Pesilat Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh.

Persembahan pada hari itu menyaksikan beberapa persembahan dari ramai pesilat yang menyembut kedatangan kedua pasangan mempelai di lokasi berlangsungnya acara persandingan pasangan pengantin bersempena Majlis Perkahwinan pada hari itu.

Persembahan silat yang dipersembahkan pada hari itu adalah persembahan Jurus Khas Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh, Jurus Sri Kandi, dan juga Jurus Seni Solo.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pasangan mempelai dan  mendoakan agar kedua pasangan dikurniakan kebahagiaan dan subur beranak pinak hendaknya dan semoga mendapat keturunan dan keluarga yang soleh dan berjaya didunia dan sempurna diakhirat.

Salam Sembah dari PP7.















PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD SYAZNUL & NUR NABILLAHDI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019



PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD SYAZNUL & NUR NABILLAHDI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINANMOHD SYAZNUL & NUR NABILLAHDI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK. - 28.09.2019

28 September 2019, Sabtu. Alhamdulillah, Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah menerima jemputan membuat persembahan persilatan di Majlis Perkahwinan pasangan Mempelai Mohd Syaznul dengan pasangannya Nur Nabillah yang mana Majlis persandingan telah berlangsung di Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak.

Sebaik sampai di lokasi Majlis Perkahwinan Pasangan raja sehari pada hari itu telah disambut dengan persembahan persilatan yang dimulai dengan persembahan solo pembukam, kemudian diiringi dengan persembahan dari pasangan Sri Kandi dan akhirnya ditutup dengan persembahan dari pasangan tempur berparang dari pesilat - pesilat perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada pihak AJK Majlis Perkahwinan pasangan Mohd Syaznul dan Nur Nabillah yang sudi menjemput perguruan kami untuk majlis perkahwinan pada hari itu.

Kami mendoakan kedua pasangan dirahmati  dan diberkati Allah Swt Selalu. Moga subur beranak pinak hendaknya dan semoga kekal sampai kiamat.

Sembah Salam dari PP7.
























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


12 September 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NAZRUL & DILLA KAMPUNG SAMPADI, LUNDU,SARAWAK-01.09.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN NAZRUL & DILLA KAMPUNG SAMPADI, LUNDU,SARAWAK-01.09.2019

 1 September 2019, Sabtu. Subhanallah Allhamdulillah. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh teah dijemput untuk mempersembahkan persilatan di Majlis Perahwinan Nazrul dan Dilla yang berlangsung di Kampung Sampadi, Lundu, Sarawak.

Majlis yang berlangsung menyaksikan kedua pasangan mempelai disambut dengan adat persilatan sebaik sahaja kedua pasangan raja sehari sampai di tempat berlangsungnya majlis persandingan oleh pesilat - pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh.

Persembahan yang dipersembahkan pada hari tersebut adalah persembahan Solo Pembuka. Kemudian diteruskan dengan persembahan Tempur dari pasangan pesilat dari PP7. Kemudian disusuli dengan Persembaha Jurus Solo dari Pesilat Cilik Sri Kandi dan ditutup dengan persembahan Solo Penutup.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perkahwinan Nazrul Dan Dilla yang sudi menjemput kehadiran Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh untuk menyerikan acara Majlis pada hari itu.

Kami mendoakan semoga kedua pasangan mempelai diberkati dan dirahmati dan semoga ikatan pernikahan yang dijalinkan kekal sampai kiamat kekal abadi hendaknya. Semoga Subur beranak pihak dan mendapatkan keturunan yang soleh hendaknya.Amin.

Salam Sembah dari PP7
























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogsot.my