Pages

29 July 2019

PERSEMBAHAN PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIQIN DAN MARNI DI KAMPUNG RAMPANGI, KUCHING SARAWAK. - 27.7.2018


PERSEMBAHAN PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN HAZIQIN DAN MARNI DI KAMPUNG RAMPANGI, KUCHING SARAWAK. - 27.7.2018

27 Julai 2019, Sabtu telah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan Haziqin dan Marni yang berlangsung di Kampung Rampangi, Samariang, Kuching, Sarawak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh di jemput membuat persembahan persilatan di Majlis Perkahwinan yang berlangsung pada hari tersebut. Persembahan persilatan yang dipersembahkan adalah untuk menyambut kedatangan kedua pasangan pengantin baru sebelum menaiki pelamin untuk upacara persandingan dan tepung tawa di Majlis tersebut.

Persembahan persilatan yang dipersembahkan pada hari tersebut dimulai dengan persembahan pembuka. Kemudian diikuti oleh persembahan tempur berparang diikuti persembahan Jurus Sembah salam dan jurus wajib Perguruan Silat Pukulan pendekar Tujuh sebagai penutup.

Perguruan Silat Pendekar Tujuh merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan Haziqin dan Marni yang menjemput Perguruan Kami untuk membuat persembahan di Majlis tuan, puan.

Semoga kedua pasangan pengantin dirahmati dan diberkati dan diberikan kesuburan dan beranak pinak hendaknya dan semoga ikatan pernikahan yang telah dijalinkan kekal sampai hari kiamat. InshaAllah Amin.

























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

No comments:

Post a Comment