Pages

23 July 2019

PROGRAM SAMARINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2019 SIRI III : PENCAK SILAT DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.


PROGRAM SAMARINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2019 SIRI III : PENCAK SILAT DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK

20 Julai 2019 Hari Sabtu merupakan satu lagi tarikh dimana telah berlangsung Program Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2019 Siri III : Pencak Silat yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr Haji Sanib Bin Haji Said pada malam yang penuh gemilang itu. 

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak yang memilih Waterfront Kuching Sarawak sebagai lokasi berlangsungnya program tahunan tersebut.

Pada malam tersebut empat perguruan silat termasuk Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dijemput untuk mempersembahkan persilatan dari perguruan masing masing.

Perguruan yang dijemput pada malam tersebut adalah
  • Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh
  • Perguruan Keris Naga Dua @ Naga Paloh
  • Perguruan Seni Silat Jurus 21
  • Perguruan Pencak Silat 12 Nekmat Simpang 3

Program yang mempamerkan permainan silat dari perguruan masing masing juga dihadiri oleh orang ramai yang berkunjung di Waterfront Kuching pada malam itu dan turut menarik minat para pelancong asing untuk sama - sama menyaksi dan memeriahkan Program pada malam tersebut.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah membariskan kira - kira 12 orang pesilat yang mempersembahkan Persembahan Jurus Wajib perguruan dan Sembah Salam, Jurus Sri Kandi, Jurus Seni Solo dan Jurus Tempur. Syabas dan tahniah kepada semua pesilat yang menjayakan persembahan pada malam itu.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga ingin merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak yang sudi menjemput Perguruan Kami untuk sama sama memeriahkan program pada malam itu.

Semoga akan banyak lagi program yang sebegini yang amatlah baik dalam memperkasakan kebudayaan yang merupakan warisan kita bersama.

Insha Allah.














































 





 














 






PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

No comments:

Post a Comment