Pages

26 March 2019

PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM DI MAJLIS PERKAHWINAN SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019


PERSEMBAHAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DAN PUKULAN PARIS DENDAM  DI MAJLIS PERKAHWINAN  SHAFINI & FAZUAN. - 24.03.2019

Banquet Hall di Kelab Golf Sarawak ( KGS ) merupakan venue atau lokasi berlangsungnya Majlis Perkahwinan Fazuan dan Syafini. Pihak ahli jawatan kuasa Majlis Perkahwinan pada kali ini diserikan dengan persembahan seni warisan kita iaitu Silat.

Persembahan silat pada kali ini menyaksikan kerjasama dua Perguruan Silat iaitu Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan persilatan masing masing dengan gaya atau " Gerenek " yang tersendiri dari persilat - pesilat yang mempersembahankan silat masing - masing.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh pada majlis tersebut mempersembahkan persembahan Silat dimulai dengan persembahan Jurus wajib Sri Kandi dari Pasangan Persilat Sri Kandi yang menyambut kedatangan Kedua pasangan mempelai sejurus pasangan pengantin memasuki dewan. Persembahan dimulai di hadapan pengantin sebelum pengantin naik ke pelamin sebelum dipersandingkan.

Slot kedua persembahan silat di Mulai ketika makanan beradat pengantin di mulai. Persembahan dimulai dengan persembahan buah pecah dari Pasangan Guru Muda dan pesilat kanak - kanak yang mempersembahkan Buah pecahan tempur. Setelah itu disambung dengan Pasangan Pesilat Peguruan Pukulan Pendekar Tujuh yang terdiri dari Pesilat Lelaki berpasangan yang mempersembahkan silat Jurus Wajib Perguruan berpasangan. Persembahan ditutup dengan satu lagi persembahan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam yang mempersembahkan Jurus Tempur dari pasangan Pesilat kanak - kanak yang mempamerkan aksi bertenaga dan mendapat tepukan dari para hadirin dan hadiran yang hadir.

Perguruan Silat Pendekar Tujuh turut ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih buat jemputan dari Perguruan Silat Pukulan Paris Dendam di atas kesudian menjemput perguruan kami dalam membuat persembahan bersama ini. Mudahan akan ada lagi ruang kerjasama seperti ini dalam atas nama sillaturrahim dan bawah payung warisan bergenerasi. Insha Allah.

Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh juga mendoakan semoga kedua pasangan yang melangsung perkahwinan mendapat rahmat dan berkat serta dikurniakan pernikahan yang bahagia dan kekal abadi hendaknya. Insha Allah.







 















































 





PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pendekartujuh.blogspot.my


04 March 2019

VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH, KUCHING, SARAWAK.


VIDEO PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH, KUCHING, SARAWAK.


PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my

PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH, KUCHING, SARAWAK.


PERSEMBAHAN PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH, KUCHING, SARAWAK.

3 Mac 2019 hari Ahad telah berlangsung Majlis Perkahwinan kedua pasangan Fickry dan Zafirah yang mana memilih Dewan Hikmah Kuching Sarawak sebagai venue berlangsungnya Majlis yang penuh seri warna warni itu. Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah dijemput bersama dengan dua orang lagi pesilat wakil dari Perguruan Silat Betawi yang dibawah pimpinan Guru Ali turut melengkapkan adat istiadat perkahwinan Melayu pada hari itu.

Persembahan Silat dimulai dengan persembahan menyambut ketibaan Pasangan pengantin setelah ketibaan pengantin ke dalam dewan. Pengantin yang memasuki dewan yang diiringi oleh dua orang pesilat dari Perguruan Silat Betawi selaku hulubalang raja sehari disambut dengan persembahan silat dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh yang terdiri dari 11 orang pesilat dari pesilat remaja dan kanak - kanak.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh pada hari itu memulakan persembahan dengan Silat berkumpulan Sembah salam. Seterusnya disambung dengan persembahan solo dari pesilat Acen. Setelah itu persembahan dari 4 orang Pesilat Sri Kandi dan akhir sekali persembahan jurus wajib Perguruan Silat Pendekar Tujuh sebagai Penutup.

Setelah selesai persembahan dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh Pengantin berlangsung menuju ke pelaminan diiringi oleh kedua Hulubalang Pesilat Perguruan Silat Betawi. Sebelum menaiki pelamin kedua pasangan di persembahkan dengan persembahan tempur silat Pulut dari Kedua Hulubalang yang merupakan pesilat dari Perguruan Silat Betawi.

Tahniah dan syabas kepada semua pesilat yang menjayakan persembahandan Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas jemputan pihak ahli jawatan kuasa majlis perkahwinan menjemput Perguruaan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan Perguruan Silat Betawi untuk mengadakan persembahan silat di Majlis ini.

TAHNIAH kepada kedua pasangan pengantin. Semoga Pernikahan yang menyatukan dua insan dan keluarga kekal abadi dan mendapat rahmat berkat dari Allah Swt. Amin

Selamat Pengantin Baru. 

 







PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my