Pages

31 December 2019

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PERSATUAN KESENIAN WARISAN MELAYU KUCHING ( KEWARISMA ) DI GRAND DORMANI RAJAH COURT HOTEL KUCHING, SARAWAK.


MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PERSATUAN KESENIAN WARISAN  MELAYU KUCHING ( KEWARISMA ) DI GRAND DORMANI RAJAH COURT HOTEL KUCHING, SARAWAK. 

29 Disember 2019 Hari Ahad telah berlangsung Satu Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Dan Warisan Melayu Kuching ( KEWARISMA ) di Grand Dormani Rajah Court Hotel Kuching, Sarawak.

KEWARISMA mengadakan Majlis Makan Malam ini adalah bagi meraikan petugas dan jawatan kuasa yang terlibat dalam Temasya Warisan Old Kuching Smart Heritage ( OKSHE ) yang telah pun berlangsung pada 6 sehingga 26 Oktober lalu bertempat di Padang Merdeka Kuching.

Majlis Makan Malam ini turut dihadiri oleh  Ketua Penasihat Ekonomi Digital Negeri Sarawak Profesor Ir Dr. Al-Khalid Othman, merangkap Pengerusi Bersama Temasya Warisan Old Kuching Smart Heritage ( OKSHE ) 2019 mewakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak ( Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan ), Datu Sabariah Putit.

Majlis Makan Malam ini juga menyaksikan pelancaran Video, Lagu rasmi dan Portal rasmi Persatuan Kesenian Warisan Melayu Kuching ( KEWARISMA ) yang turut dipersembahkan kepada para hadirin.

Kehadiran jemputan dari Rumpun Silat Sarawak yang terdiri dari Guru - guru Utama atau Guru - guru Muda, Jurulatih - jurulatih termasuk juga wakil dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh yang turun dengan busana - busana Pendekar turut menyerikan Majlis pada malam itu.

Selain itu, turut berlangsung adalah acara penyerahan Sijil Penghargaan kepada Jawatan Kuasa Kerja dan Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Jawatan Kuasa Pemandu.

Acara - acara lain yang turut mengisi slot majlis pada malam itu adalah persembahan - persembahan seni termasuk persembahan tari silat, persembahan kuda kepang, perembahan silat tempur bersenjata, Persembahan muzik gambus, Nopeng, cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik dan banyak lagi slot - slot yang telah disusun atur oleh pihak penganjur Majlis makan malam tersebut.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh juga ingin memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Persatuan Kesenian Warisan Melayu Kuching ( KEWARISMA ) adalah usaha murni dan sama - sama berjuang dalam memartabatkan warisan Melayu terutama PERSILATAN yang harus dijaga dan dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Mudahan dalam setiap usaha dan perjuangan kita memartabatkan warisan akan terus berkembang biak dan maju agar kesenian warisan kita terus subur dalam jiwa - jiwa masyarakat kita. Insha Allah.


















































PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my


30 December 2019

PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN SYAM DAN NADIA DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK. - 29.12.2019


PERSEMBAHAN SILAT PP7 DI MAJLIS PERKAHWINAN SYAM DAN NADIA DI BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK. - 29.12.2019

29 Disember 2019, Hari Ahad telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara pasangan mempelai Syam dan Nadia di Bandar Baru Samariang ,Kuching Sarawak. Perguruan kami Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah sekali lagi di undang untuk mempersembahkan Persilatan di Majlis perkahwinan tersebut.

Kedatangan kedua pasangan pengantin ke lokasi persandingan disambut dengan persembahan silat Solo yang menyambut kedatangan kedua pasangan dan seterusnya diikuti oleh persembahan bersenjata ( kapak ). Selesai persembahan silat, pengantin beransur berangkat jalan ke Pelamin untuk disandingkan.

Persembahan yang seterusnya diteruskan dengan persembahan solo dari pesilat cilik Sri Kandi dan diteruskan dengan persembahan jurus berkumpulan.

Terima kasih dan sejuta penghargaan Perguruan kamu ucapkan kepada pihak pengurusan Majlis Perkahwinan yang sudi menjemput kehadiran perguruan kami untuk membuat persembahan persilatan kami.

Perguruan kami turut mendoakan semoga pernikahan yang dijalinkan kekal abadi dan dirahmati serta diberkati Allah swt hendaknya. Amin.

Salam Sembah PP7.





























PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH
www.pukulanpendekartujuh.blogspot.my